Friday, 22 March 2013

SUKAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (SUKIPT)



Alhamdulillah, diri ini terpilih lagi untuk mewakili USIM dalam acara bola tampar  diperingkat SUKIPT yang berlangsung selama 2 minggu. Bermula dari 28/10/2012 sehingga 11/11/2012 di UiTM Shah Alam, Selangor.  
Pada 28/10/2012, jam 2 petang kami betolak dari USIM untuk mendaftar penginapan di Uitm, Puncak Perdana, Selangor. Kami sampai sekitar jam 3.30 petang dan setelah itu kami terus bergerak ke UiTm Shah Alam untuk perasmian SUKIPT. 









Di dalam Dewan Besar Uitm Shah Alam. Menanti giliran untuk perbarisan pembukaan SUKIPT.









USIM VS UKM

Sebenarnya kami, team bola tampar perempuan USIM ada perlawanan persahabatan di UKM. Perlawanan persahabatan ini untuk kami menambah ilmu dan persediaan untuk menghadapi SUKIPT.

Kami pergi ke UKM hanya dengan kenderaan sendiri. Dalam perjalanan hendak ke UKM, kereta salah seorang pemain bola tampar USIM rosak. Apabila terjadi perkara begitu, maka jadual perlawanan juga turut terlewat. Kami terpaksa berhenti di tepi jalan untuk menunggu kenderaan lain untuk meneruskan perjalanan ke UKM.






Menanti kenderaan lain datang untuk ke UKM.












SUKAN ANTARA KOLEJ (SUKOL)

Sukan Antara Kolej-Kolej Kediaman (SUKOL) diadakan setahun hanya sekali. Aku adalah penghuni Kolej Kediaman Acasia Aveneu (KKAA). Pada tahun 2012, aku mewakili kolej kediaman Akasia dalam acara bola tampar. tidak ku lepaskan peluang untuk mengharumkan nama KKAA. Aku akan bermain bersungguh-sungguh walaupun aku tidak tahu siapa pemain KKAA yang lain.

SUKAN ANTARA FAKULTI (SUFA)


Sukan Antara Fakulti a.k.a SUFA diadakan setiap setahun sekali. Pastinya nama aku tetap tersenarai dalam pemain utama untuk FPBU. Kemenang untuk sufa tidak sama dengan kejayaan yang kami terima waktu bermain semasa LIGA BOLA TAMPAR 2011. Semasa sufa tahun 2010, 2012 dan 2013 FPBU hanya mampu beroleh pingat perak. Pada tahun 2010, aku boleh bermain dengan tenang dan senang kerana ahli kumpulan ku semuanya pandai bermain bola tampar.


Team FPBU SUFA 2010


LIGA BOLA TAMPAR FAKULTI


Setelah beberapa bulan duduk selesa di Usim. Pihak sukan Usim telah mengadakan Liga Fakuliti bola tampar 2010. Aku mewakili fakluti aku iaitu FPBU. Untuk makluma semua, ini adalah kejayaan yang pertama aku dapat selama beberapa tahun dalam sukan bola tampar ini. Masa Liga bola Tampar ini, kami FBBU mendapat emas. Kami tidak menyangka yang kami berjaya mendapat emas bagi acara ini. 


Kami adalah pemain FPBU.

ILMU BARU DI UNIVERSITI


KENANGAN BERSAMA JURULATIH

Pada tahun 2009 aku tamat bersekolah di SAMT SSAAS SABAK BERNAM. 6 tahun aku disekolah itu terlalu banyak ilmu yang aku perolehi. Ilmu dunia akhirat yang seimbang diajar oleh guru-guru ku. Terima Kasih guru ku semua kerana menabur ilmu mu pada anak murid mu yang nakal ini. Pengalaman luar yang tidak dapat aku belajar ketika duduk didalam kelas adalah ilmu bola tampar. Dari kosong tidak tahu apa-apa sehinggalah berjaya beroleh pelbagai pingat kejayaan dalam bola tampar ini.

LAYAK KE PERINGKAT NEGERI



Senarnya, aku layak wakil sekolah keperinggat negeri dalam bola tampar. tapi ruangan ini aku aku sambung lain hari sebab gambar yang sebenarnya bukanlah gamabr dibawah. Aku xsemangat langsung nak cerita kalau tak kena dengan gambarnya, lain kali aku cerita aku aku da uplodkan gambar masa lawan kat peringkat negeri. 


WAKIL DAERAH SABAK BERNAM


WAKIL SEKOLAH

Ini pelajar bawah 15 tahun SAMT SSAAS

Pihak sekolah telah mengadakan sukan tahunan. Aku sengaja mencabar diri aku dengan mendaftar nama dalam acara bola tampar. Aku mewakili rumah sukan biru. Bila tiba waktu perlawanan, aku bermain dengan sungguh-sungguh walaupun waktu itu ilmu aku mengenai bola tampar sangat la kurang. Aku sepasukan dengan pelajar-pelajar dari pelbagai kelas dan berlaian umur.

GERAKAN KEDUA



Selesai satu jam kami diajar mengenai servis bola tampar dan melakukan latihan. Seterusnya cikgu mengajar cara untuk menyambut bola tampar dalam Bahasa Melayunya menyangga dan Inggeris pula di sebut digging. Aku melihat cara cikgu menghayunkan tangannya tetapi aku tidak dapat tangkap apa maksud cikgu dengan sambut bola dari pihak lawan. Cara cikgu tunjuk mirip dalam gambar A dan B di bawah ini.
 (Gambar A)


SENTUHAN PERTAMA

Selama hidup ku 13 tahun, inilah pertama kali aku pegang dan sentuh bola tampar. Tidak pernah terlintas difikiran ku untuk bermain bola tampar. Saat aku dapat memegang bola tampar, aku rasai sesuatu perasaan aneh. Perasaan yang gembira, walhal aku tak tahu langsung apa itu bola tampar. Aku nekad untuk belajar bermain bola tampar. Kerana nekad, aku mula mengatur langkah mendekati pelajar-pelajar yang sedang berlatih dengan jurulatih khas disekolah itu iaitu Cikgu Atikoh Abbas.

AJAKAN SENIOR


Umur 13 tahun adalah umur budak yang baru masuk sekolah menengah di tingkatan 1. Sekolah asal saya adalah Sekeloh Menengah Kebangsaan Meru, Klang, Selangor. saya dapat merasa belajar di sekolah itu seminggu sahaja kerana saya mendapat tawaran di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Batu 38, Sabak Bernam, Selangor.